Friday, 9 December 2011

Ombak Rindu



Cerita ini mengisahkan cinta antara dua insan yang berlainan taraf dan cara hidup . Pada mulanya Hariz hanya ingin menjadikan Izah sebagai perempuan simpanannya setelah membeli Izah dari sebuah kelab malam dengan harga 3 kali ganda , tetapi Izah tidak sanggup menjadi perempuan simpanannya dengan melakukan perkara terkutuk itu dengan cara haram . Dia merayu agar Hariz dapat mengahwininya dan menjadikan yang haram itu HALAL .

Lama kelamaan mereka masing-masing mencintai antara satu sama lain dengan ikhlas dan datang lagi satu konflik ketika datangnya Mila , walaubagaimanapun Hariz dan Izah akhirnya bahagia juga .

NAK TAU CERITA NI DENGAN LEBIH MENDALAM ? tengok lahhh OMBAK RINDU .
Sedih gila gila gila okay :'(

Tuesday, 8 November 2011

BIRTHDAY :)


Ehh , dah 15 november ke ? Hihi . Jangan lah terkejut , lambat lagi nak 15 nov tue . Kenapa celebrate cepat ? Sebab birthday aku & kak jan bulan november so buat sekali je . Lagi pun tengah cuti kan , nanti kalau dah busy tak de masa plak :) 



Thx kak fera sebab seponsor cake . Iloveyou lah , mwah mwah <3 *whitechocolatemacadamiacake* yummyyy :P



Ramai lagiiii , tapi semua pun segan nak tangkap gambar . hihi . paling kiri tue aku , umi , mak som & kak jan :)


Tiup jangan tak tiup . Haha . 

JANGAN LUPA PRESENT yea , hihi . *memangtakmalu*


HARI RAYA AIDILADHA :)

Assalamualaikum :)

Mula dengan cerita pagi raya , hehe . Okay pagi pagi tue bangun solat subuh lah kan then tido balik   . Ngantok ngantok sebab tido lambat malam raya tu . Baru ingat nak tolong umi masak , tapi cancel ! HAHA . sorry mi -,- teruk kan ? :)  Kononya nak tido kejap je , nak pergi sembahyang raya kan . Umi kejut punye kejut . mak aiii , kemain susah lagi nak bangun . Tapi bangun jugak lah kan .

Mandi-mandi semua tue . Siap niat mandi sunat hari raya aidiladha lagi . hihi . Then terasa macam nak pakai JUBAH pulak :D Dah semangat pakai jubah then pakai telekung semua tu , aku pun pergi lah masjid dengan kak fera & kak jan . Sampai je masjid . perghhh , penuh siot ! Tak de tempat dah . Atas bawah full ! Apa lagi , balik lah kan . haha . Nasib baik umi dah pergi masjid awal , kalau tak mesti tiga2 kene marah . Ayoyooo . :D

Then lepas umi balik masjid semua tue , kiteorang pun makan . Tak oleh berhenti makan okay ! Then pergi rumah pak ngah petang tue dah tak boleh nak makan . Full gila gila punya ! Makan cake je , cake every year mmg wajib . Tak kesah lah raya apa pun , mesti ada secret recipe tu :) Orang lain semua ilek je makan , tapi aku dah surrender . hihi :P


Bajet ayu je kan ? Hihiii !


Cupcake again & again



Sunday, 6 November 2011

In Time


Nak cerita lah jugak kan yang aku dah tengok cerita ney , hihi . Act dah tengok lama , tapi baru nak cerita . Biasa lah , dah tua . Lupa kadang-kadang tu . Hihihii .

GEMPAK jugak lah cerita ney , style kot . Nak suruh kita cerita ke awak ? Hehehee , mana boleh ! Kena tengok sendiri lah kalau nak tau apa yang STYLE tu .

Okay lah , kesiannnn . Kita bagi TAU sikit ehh ? Nampak tak macam ade warna HIJAU kat tangan dye tu ? huh .... Sampai situ je boleh bagi tau ! HAHAAA :D  Jangan marah yea !!! hihi .

SELAMAT MENONTON ! LOL ;)

Monday, 31 October 2011

Materialistic ?

Materialistik ney banyak cabang ke ? Ntah lah . Tapi yang aku nak tau sekarang ney , adakah seseorang perempuan yang tak nak dating naik motor tu dye seorang yang materialistik ? Ntah lah , MUNGKIN ! Tapi sesetengah perempuan yang tak nak dating naik motor tu , tak semestinya dye seorang yang materialistik . Mungkin dye ada SEBAB yang tersendiri kan  .

Nak tau tak apa jawapan aku pasal perempuan yang tak nak dating naik motor ney ? Huh , baca bawah ney .

Mungkin sesetengah perempuan yang tak nak dating naik motor ney dye memang seorag yang materialistik & ada jugak yang tidak materialistik okay ! 
Bagi aku , aku tak kesah pun bfren aku tu ada kereta ke tak . Yang penting sekali aku cinta , suka & sayang dye ! Tu pun dah cukup bagi aku . Kalau bfren kita tu kaya macam mana pun , tapi kalau kita tak happy dengan dye baik tak payah kan ? Buang masa je semua tu ! 

Tapi kalau korang nak tau kan , aku sendiri pun tak suka naik motor sebenarnya . Hihi . Sorry lah , bukan nak berlagak or whatever kan . Aku sendiri pun tak reti bawak motor so macam mana aku nak percaya orang yang bawak aku tue ? Takut wey ! Lagi-lagi aku tengok orang yang bawa motor selit-selit tu . Boleh sakit jantung woooo ! Aku lagi rela jalan kaki kalau macam tu . Tapi aku akan jalan kaki ke ? Aptb aku ney , naik motor tak nak , jalan kaki malas ! Haiyak , Hihi .


Tak dapat bayang kan kalau aku naik motor ney . HAHA . 

Wednesday, 26 October 2011

Don't be afraid of the dark !


Siapa yang rasa-rasa ada sakit jantung jangan tengok okay ! Grrrr . 


So scary !

Monday, 24 October 2011

A simple note about love



I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone

Cat


I think this cat <3 each other

Sunday, 23 October 2011

Real Steel


Saya dengan Thaufiq dah tengok , awak awak sekalian pergi lah tengok ehh . Tapi kalau rasa-rasa mengantok jangan tengok . 
Kenapa ?
Sebab nanti bukan awak yang tengok movie tue tapi movie tue yang tengok awak . Hihi , macam saya . Mata tak dapat dikawal lagi . So , kadang-kadang tue terlelap lah kan . Thaufiq jea yang semanagat gila , padan muka tengok sorang-sorang :P

Wednesday, 19 October 2011

Babysitter :)

Damn , penat gila hari ney ! I kena jaga anak cousin I sebab cousin I keje & bibik dye pergi buat pasport kot , ntah lah . Tapi I dah janji dengan thaufiq sebenarnye nak pergi tengok movie hari ney . Tak pe lah kita  postpone jumaat ney okay , kita pergi tengok REAL STEEL :D

Dalam pukul 10 pagi macam tue I pergi rumah cousin I tue kat ampang . Mula lah operasi I hari ney sebagai babysitter . Hehehee .

Nasib baik aidid & airel dengar cakap , kalau tak memang fengsan I . HAHA . I pun tak tau kenapa dorang dengar cakap I , bagus btol . Hihiii !

Tak susah pun jaga budak dua orang ney sebab masing-masing tengok tv & main game jea keje . Tapi paling tak boleh bla , ipad ada dua but still nak berebut jugak ! haihhh , selamat I penyabar . Penyabar lah sangat kan . HAHA .

Tengah hari macam tu kakak & abang diorang balik sekolah , Dania & Daniel . Dah lah balik sekolah beli mainan merepek-repek . Sorang satu pulak tue , diorang bawak balik lampu kelip-kelip angry bird ! Makanan pulak ntah apa-apa lah yang dye beli . Ade ke gula spray ? pelik !

Then I suruh diorang salin baju semua & pergi makan . Lagi pun dorang dapat lesen cuti sek agama hari ney ! Kemain suka lagi si daniel tue , femalas ! :D

Time makan yang I pening ney , si Airel tak nak makan bubur . Si Aidid tak nak makan nasi , nak makan burger jea , so I pun goreng lah burger . Si Daniel pulak tak nak makan nasi lah kononnye sebab dye tak nk makan ayam masak merah , padahal mama dye masak tak pedas pun , aku pun masak kan lah burger lagi satu tapi akhirnye makan jugak nasi tue , APTB . Si Dania paling senang , makan pun amek sendiri jea . yela sebab dye kakak kan :)

Okay dah settle semua tue . I suruh semua tido , dengan I sekali tidur . Hujan lah katakan , Hihii . bestnya , krok krok ! ZZZzzz :D

Lepas dah bangun tido tue I nak mandikan airel , tapi dye BERAK ! Okay , ney yang I paling lemah . sumpah aku nak termuntah wey , seumur hidup tak penah cibuk budak kecik berak . HAHA . ape lagi , I straight amek kunci kereta then pergi rumah makcik I , dekat sempang tue boleh pulak terserempak dengan makcik I tue . Dye pun hon lah tanye kenapa ? dari mane ? I cakap emergency , airel berak . cepat lah tolong basuh ! HAHAHA . mak cik I dah lah nak keluar time tue , terpaksa patah balik pergi cuci berak airel tue . HAHAA tq tq , ily , mwah mwah . Kalau mak cik I tak de , I tak tau nak buat apa ouh . Airel dye boleh gelak-gelak lagi kan dalam kete tue , dah lah busyuk . Time tue hujan plak ! lawak kot sebenarnye time tue . Ehh budak kecik ney , sabar jea lah aku .

Dania & Daniel nak pergi mengaji & tuisyen . I pun ajak lah Airel & Aidid tengok TV dekat atas sampai cousin I balik dalam kol 9 malam macam tue then dye ajak I pergi makan sekali tapi I malas , sebab nak pergi makan tempat lain . :D Act best taw jaga budak-budak ney , boleh tingkatkan kesabaran yang tak seberapa ney . LOL <3


*I tak tau lah if one day nanti I ada anak . Boleh ke I handle semua tue ? Hihihiii :)))

Tuesday, 18 October 2011

Bayi dikelar sebaik dilahirkan !


Kisah langgar lari dan tidak dihiraukan oleh orang ramai itu di China dan ini pula di Malaysia .

YaAllah , boleh pening kalau tengok pasal kes-kes macam ney setiap hari . Adakah dia tiada iman atau hatinya telah mati sehingga tidak ada perasaan ! sanggup buat perkara sebegini terhadap anaknya sendiri? Zaman semakin moden tapi kesian sebab masih tidak ada akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk !

Tergamaknya seorang pelajar wanita tingkatan empat bertindak mengelar leher , perut dan belakang badan bayi perempuannya .

Seorang kanak-kanak yang dilanggar dan tidak diendahkan di China !


Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki . Mana perginya sifat kemanusiaan mereka ? Adakah mereka tidak ada perasaan ?

Seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.

12 atau 18 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.

Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Kanak-kanak itu yang dirawat di sebuah hospital, dan diisytihar 'mati otak' .

YaAllah , mana perginya sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri manusia dinegara itu ? 
Sedih sangat bila tengok video ney , mereka tak fikir ke jika ahli keluarga mereka yang kena dan tidak diendahkan oleh orang ramai ? :'( 


Tuesday, 11 October 2011

Cari air kelapa :D


Muka orang demam ke ney ? Hihi ! 


Tiba-tiba jea bangun tido tadi rasa macam nak minum air kelapa . Tapi bukan saja-saja nak taw , sebab demam punya pasal . Tau tak ubat time demam aku apa ? Ubat aku sedap-sedap taw, hihihiii .
  • Air kelapa & 100 PLUS . 
Best kan ubat saya ? Sekarang ney pun time nak tido 100 PLUS mesti ada dekat sebelah . Hehe . Tau tak motif sebenar letak 100 PLUS dekat sebelah ney ? Sebab MALAS nak bagun amek banyak kali nanti <3 Hihi .

Monday, 10 October 2011

Fever !

Homaigod , don't like ! Why you come ? Pandai kan awak datang slow-slow . :'/

 * Dia datang , dengan lenggang lengguknya . Haihhh !

  • Sore throat
  • Cough
  • Sneezing non stop
  • Flu
  • Watery eyes
  • Headache :'/ hate it !

Cantiknya bulan

Kuasa Allah 


Malam ney aku pelik sangat , kenapa friend dekat dalam bbm semua cakap pasal cantiknya bulan . Aku pun nak lah tengok jugak kan , aku pun keluar lah rumah tengok bulan . Memang btol bulan cantik sangat , kuasa Allah kan . Macam-macam orang cakap pasal terjadinya bulan yang penuh , bercahaya dan bersinar macam hari ney .
Contohnya :

  • Dalam masa 44 hari sesuatu yang dasyat akan berlaku terhadap semua umah manusia di muka bumi ini , sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala .
  • Bumi ini telah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia dan macam-macam lagi .

*Diharapkan kepada umat islam bersungguh-sungguhlah melakukan ibadat terhadap Allah S.W.T sebelum pintu kiamat akan tutup .


SEMBILAN SEPULUH SEBELAS <3

Masa tengah tengok-tengok bulan tue tengah text dengan thaufiq . Dye pun tengah duduk-duduk dekat luar rumah , semua orang nak tengok bulan lah katakan . :) Then kiteorang story pasal ehemmm lah kan . Act dah lama dye tanya , tapi aku tak bagi tau pun jawapan dye . Senyap jea buat tak tau then hari ney baru aku rasa ready . Tiba-tiba je rasa macam nak cakap YA kan . Terbuka jugak hati aku ney , hehe . Dah lah , tak nak cerita banyak-banyak , ntah pape kan . Zzzzz . kbai ! :D Hihihiii . 

Saturday, 8 October 2011

Period , Haid atau Datang Bulan

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Gejala yang sering dialami oleh wanita ialah


  • Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

  • Payu dara - ketegangan, bengkak

  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

  • Kurang kencing

  • Kulit berjerawat

  • Everything :)



    "In the name of God, the Merciful, the Compassionate.

    Say (O Muhammad) He is God the One God, the Everlasting Refuge, who has not begotten, nor has been begotten, and equal to Him is not anyone."

    Wednesday, 5 October 2011

    Bini-Biniku Gangster


    Saya tengok cerita ney 3/10/2011 , hari Isnin dengan si Topik .
    Eh ehh , kalau saya gangster macam dalam cerita ney mesti GEMPAK habis kan ? Baru you takut sikit . Hihi :D 
    Kalau I marah- marah You , jangan lah nak takut sangat kan . I saja-saja jea kot , act tak de lah serious mane pun . Ape daa kaw ney . Gangster baru lah best kan . Kalau tak suka gangster gangster pergi cari lain :P
    Step & Ayeen nanti pegi tengok ehh . Kesian awak dua orang kan . Hihi . Intan , kita dah tengok , yeayhhh !!! Tapi tak de lah best mane pun cerita ney , tapi boleh laa . Layan lah jugak kan . HAHAA .

    * Even bini bini dye gangster tapi dengan suami diorang tetap respect && lembut . Gempak gila kalau ada perempuan macam ney . <3

    Friday, 30 September 2011

    Akaun !

    Ntah lah , tak tau nak cakap macam mana . Sem ney macam teruk gila jea , baru-baru ney baru berakhirnya penyiksaan .

    Baru habis FINAL lah , korang ingat penyiksaan apa huh ? Haihhh . :)

    27 Sep , hari selasa hari tue exam Amalan Pengurusan even kena baca banyak pun , berbelit-belit & susah tapi aku rasa aku boleh buat kot kalau nak dibandingkan dengan paper hari ney .

    30 Sep hari jumaat , Prinsip Perakaunan . Dah lah semua tak tido , bajet-bajet nak study jea semua . Last2 Aku , Intan , Ayeen , Step & Syud terbongkang semua tido pegang buku . Boleh macam tue ? HAHA . Tapi apa yang aku study pun aku tak tau .

    Dalam kol 6.30 am cam tue kot kiteorang tertido then kol 8 am bangun . Mandi-mandi , siap , terus pergi kolej ! Memang rabak siot mata . Apa-apa pun akaun kali ney memang susah gila . Aku rasa macam tak pernah belajar subjek akaun langsung bila jawab paper tadi , kat otak aku ney macam nothing ! Macam hilang ingatan pun ada . HAHA . Tak tau nak cakap hape , berserah jea yang mampu ! If mis Hani baik hati dapat lah aku markah lebih sikit , kalau tak memang redha jea wey . Terima seadanya .

    Kenapa lah final exam akaun kali ney rasa macam bangang sangat ! Haihhh :'/ . 1st time rasa macam ney ! Apa nak jadi lah . Dah laa , malas nak cerita . BENGANG ! Benda dah lepas pun kan . Hmmmm . Doa kan jea lah mis baik hati bila tanda paper  saya & kawan-kawan lain :* AMIN .

    Cuti SEMester ;)


    Korang rasa berapa lama saya cuti sem kali ney ? 1 bulan ?  3 bulan ? 5 bulan ? 6 bulan ? HAHA . 

    jeng 

    jeng

    jeng 



    Siapa dapat teka ? 

    Put ur hand up !

     cepat cepat !!!

     Tak tau kan ?












    Act SEBULAN jea saya cuti sem , hehe . kemain macam nak pindah rumah terus jea kan , macam tak nak balik Shah Alanm jea cite dye kan ? Hihi -,- 

    Tapi ney pun baru sikit kot , yang lain tak boleh tunjuk , huh ! tau ape ? 
    Ada lah , nama pun secret kan ? mana boleh bagi tau ;D

    Nak buat apa huh cuti sebulan je ? tak nak duduk rumah , kalau duduk rumah confirm GEMUK ! Tidakkkk !!!


    Sunday, 25 September 2011

    Hari-hari busy + exam :/ tired !

    27 sep & 30 sep ney aku ada exam Amalan Pengurusan & Account . Hari selasa & jumaat , memang dua-dua subjek ney aku SUKA , suka sgt . grrr ! Untung lah kena menghafal bagai . Kalau aku ney rajin membaca && menghafal tue lain lah , cite dye sekarang aku sangat lah MALAS . Dah lah sabtu n ahad rumah aku ada buat makan-makan so memang busy busy busy lah cite dye kan . Hari sabtu untuk sedara-sedara terdekat , ahad pulok untuk jiran-jiran & kawan-kawan umi . Sabtu tue plak rumah kawan-kawan aku ada buat open house . 3 rumah plak , tiga-tiga tak dapat pergi , Maaf yea . Ahad pun sama , nasib baik satu rumah jea , tue pun tak dapat pergi , Maaf lagi sekali yea ;))
    Sekarang ney baru lah dapat rest sekejap , esok dah tak de buat open house dah , perghhh ! LEGA ! Esok hari-hari orang bekerja , yeayhhh . hihi ! Tadi orang masjid pun ade datang buat doa selamat sikit & selawat semua tue lah kan ;D Rasa insaf sekejap . Hehe ! Now aku dah lari masuk bilik sebab malas nak basuh pinggan mangkuk && angkat meja kerusi tue . HAHAHA , gelak macam syaitonnn !
    Kalau nak baca buku hari ney memang tak larat lah cerita dye so kena lah baca pagi esok . Doa-doa kan lah aku ney rajin untuk baca buku , nak exam final ney wey . Tolong doakan aku , supaya mudah memahami apa yang aku baca && mudah untuk menghafal yea . Tolong lah RAJIN wahai Naja Insyirah ;D 
     Semoga aku & kawan-kawan yang lain mendapat keputusan yang cemerlang , Amin . 
    Tolong yea doakan aku RAJIN membaca  ! Kalau doa jea , usaha tak de cam ne nak berjaya kan . Cehhh , cakap pandai tapi. . . Hihihiii =,= 

    Saturday, 24 September 2011

    Movie with si gila ;D


    16 SEP 2011 :) Layan doe cite ney , cerita pasal vampire ! pegi tengok cepatttt , Hihi .


    22 SEP 2011 ;D Lawak siot cite ney , starting dah lawak , pasal phone ! Dye suruh silent phone lah , Hihi -,- Tapi bagi aku lah , paling kelakar gila time kerusi turun naik tue && pasal dye tarik batu guna tetttt . sumpah bodoh mr . bean ney. Haihhh , banyak lagi lah yang lawak , nak tau pergi lah tengok sendiri . Hihihiii . Tengah type ney pun aku rasa macam nak gelak . HAHAHAHHAHAHA , sampai melilih air mata aku tengok cerita ney , semua gelak punya pasal . Thaufiq lagi lah , start movie sampai habis gelak jea , bengong ! :)

    Monday, 5 September 2011

    ANDAI



    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
    lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
    tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan marah,
    memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
    tapi percayalah, itulah maknanya
    dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan bercakap banyak,
    dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
    tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
    itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
    tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
    bukan untuk dirinya,
    tetapi untuk masa depan anda.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan merajuk,
    jangan kata dia mengada-ngada.
    Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
    atau hadiah sedozen,
    tetapi cukup dengan perhatian
    yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
    dia benar-benar maksudkannya.
    Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
    jangan percaya kata-katanya
    kerana dia hanya mahu menguji kamu.
    Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
    Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

    Selagi dia dengan kamu, percayalah,
    walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
    tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan menjadi degil,
    dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
    tapi dia mahu melihat
    sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

    Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
    Andai kena caranya,
    jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata,
    “tolong tinggalkan saya!”,
    dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
    Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

    Apabila dia kembali tenang,
    percayalah dia akan mencari anda semula.
    Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
    Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
    Dia terlalu emosional.
    Tapi dialah yang paling menyayangi anda
    dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

    Andai lelaki tahu..
    Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
    dengan perbezaan yang tersendiri.
    Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
    mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

    Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
    Di sebalik air matanya,
    tersimpan seribu satu kekuatan
    yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

    Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
    kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
    tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
    dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
    Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
    yang terbaik untuk anak2 anda.

    Sunday, 4 September 2011

    Dugaan Raya ke 5

    ‎1 . Pergi Open House rumah Eyda Ismail kawan sekolah dulu , then kelam kabut kot nak balik cepat sebab nak pergi amek Lyn Omar then nak pergi Open House rumah Firdaus Hamdi pulak . Semua lobang aku langgar , nak cepat punya pasal ! Dot ney pulak bagi tau rumah dia ada Open House last mint , menyusahkan btol ! Sabar naja , sabar ! Baru nak lepak lama sikit dengan kawan-kawan sekolah :( Lama tak jumpa kot .
    2 . Then dah sampai dekat kawasan rumah Lyn , aku boleh tak ingt rumah dye mana satu then kononnye nak call lah , tengok-tengok  bttry phone dah mampus , boleh macam tue ? Errrr ! YaAllah , bengangnya !
    3 . Aku patah balik rumah aku charge phone dulu then baru pergi amek Lyn kat rumah dye .
    4 . Then lepas amek Lyn kononnye nak cepat sebab dah lambat kan , tekan minyak sampai habis lah kan . Last2 diorang cakap tak payah datang , makanan seuma dh habis kat rumah dot , so bapak dot belanja budak-budak tue mc'd :( 
    5 . Dah anta Lyn balik sume , aku follow belakang dot & Weiz Korka sebab nak g lepak Ali Baba . Aku ingt nak pergi Ali Baba terus , tengok-tengok dot dah tak de kat depan . Aku tak tau dorang g mane . Aku bengang , terus lah balik ! Dah sampai umah aku text Weiz . 'wey , korang g mane ? Errr !' rupanye dye cakap dorang singgah petronas kat tesco sbb black , panjang & haziq ade dekat sana !  Aku boleh tak tau plak dorang nak singgah petronas tue kan , memang best lah ! Haihhh . . . SABAR NAJA , SABAR ! Errrrr .

    Saturday, 3 September 2011

    Aku , Kau & Kita semua .


    aku rindukan kita yang dulu

    yang sentiasa ada masa bersama

    walaupun menelaah sehingga dini hari

    sehingga mata mula merasa perit walaupun dipejam

    tubuh kekejangan walaupun dialas oleh tilam

    ketika berpelukan dengan ' kau '

    kerana menangis teringat ' kau '

    aku sentiasa ingat setiap jilid-jilid kehidupan kita

    saat mentafsirkan kata-kata melalui suara yang melodinya hanya kita yang mengerti

    saat kadang-kadang kerongkong tersekat

    kita hanya mampu berpandangan dan tersenyum sesama sendiri

    kegilaan kita dulukala mempotretkan kenangan yang memberangsangkan jiwa

    tidak kenal perkataan lain selain kawan

    tiada dua atau tiga atau yang keberapa

    hanya ada kau , KAWAN .


    Friday, 2 September 2011

    setelah sekian lama -,-

    Nak dekat 4 tahun dah kita tak jumpa kan ? Nak tau macam mana boleh jumpa balik ? Okay , act aku dah ade lama num dye , Eatty yang bagi . Sebab hari tue eatty ade jumpa Aliq . Nak dekat 1 year jugk lah num aliq dlm phone aku ney , tapi tak pena sentuh pun . Time malam raya tue eatty tanye 'kaw ada call aliq ?' Then aku terus amek hp , terus call dye . HAHA , sengal kan ?
    N : 'kenal tak ?'
    A : 'tak tau lah , takut salah orang' (dye macam tak ingt sngat )
    N : Rasa-rasa mula dari huruf ape ?
    A : 'N'
    Then aku gelak , terus letak phone . Dye text aku banyak kali jugak lah , tapi aku tak rep pun . Then dye call pulak , aku pick up lah kan .  Dah borak-borak panjang tue , baru lah aku cakap nama aku . HAHA . Dye kate dye ade minx num aku dekat eatty tapi eatty tak bagi . Ape lah eatty ney , kalau kaw bg num aliq ney kat aku memang dah berhabuk macam ney baru aku call lah kan . Tue pun nasib baik kaw ingtkan , kalau tak sampai ke sudah aku tak call2 ! HAHA .
    Kalau nak cerita pasal dulu sampai sekarang , memang panjang sangat , tak terlarat nak cerita . So , aku pendek kan cerita jea laa yea ? Cerita paling aku ingat & diungkit-ungkit sampai sekarng , 3 cerita ney lahhh .
    1st : Time tue aku nak balik tuition tapi tak de orang nak amek kan . So kaw lah yang jadi mangsa aku . Padahal kita tak couple pun time tue , teman tapi mesra jea kan . Tak tau lah kenapa time tue aku tak de hati langsung dengan kaw . HAHA . Okay , sambung cerita tadi . hehe . Kaw dah lah tak tau tempat tuisyen aku tue . Tapi aku suruh datang jugak . Aku marah-marah kaw kan , suruh CEPAT ! Hihi , kaw pun datang . Tapi lambat so dah tau kan kena ape ? kena marah ! Sorry taw .
    2nd : Aku nak g beli phone , tapi kaw ade hal tak boleh bawak aku . Then kaw suruh Syaqir amek aku , sebab kaw kan rapat dengan syaqir kan . So , kaw suruh dye tolong bawak aku beli phone . Then syaqir sampai depan rumah aku memang aku terkejut lah kan , kenapa syaqir plak yang datang . Kaw tak bagi tau aku pun yang kaw suruh syaqir datang , sebab kaw takut kena marah kan . Sorry again . Hihi !
    * Rindunye time ney , tapi nak buat macam mana Allah lebih sayang kan Syaqir dari kita semua :( Tapi aku macam sedih bila aliq cakap ngn aku yang syaqir cakap ' eh semua orang yang aku dah lama tak jumpa , semua aku jumpa . Aku ada jumpa naja gak kat jalan TAR , dye beli barang raya . Dye dah gemuk lah ' :'( Kaw meninggal time malam raya kan ? Dah setahun dah kaw pergi kan ? Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman & beramal soleh . InsyaAllah . Al-Fatihah :'(
    3rd : Aku nak cat bilik , so nak g beli cat lah kan . Tapi time tue kaw ade game hoki ke takraw ntah . Then kaw kelam kabut gila kena balik cepat bawak aku g beli cat . Tapi time tue banayk kedai cat dah tutup . Then ada satu kedai ney buka tapi tak de colour pink , yang ade pun purple je , tapi colour purple tue tak pekat . Cair jea ! Memang aku hangin lah kan . Grr , time tue aku cakap 'bodoh' kot then kaw sentap habis . Terus kaw diam macam tue jea . Sorry lagi sekali -,-
    Then Aliq cakap ade lagi satu cerita , dye kate aku pena nyanyi kan lagu untuk dye dulu . Tapi sumpah aku tak ingat langsung . HAHA . Ieee , sejak bila lah doe , sumpah ! Malu gila bila dia cakap macam tue . HAHAHHAH ;P
    Then ada satu soalan aku tanye dekat dye time kiteorang keluar semalam . Aku tanye dye , 'kenapa aliq diam macam tue jea , pas tue siap cakap aliq nak khawin lah . Ape lah , btol ke aliq dah khawin ?' Then dye cakap 'Abes tue dah orang tak suka , orang maki-maki . Tak kan Aliq nak tadah je' HAHAHAHA , lawak kan ? Hehe , dye terasa habis kot time aku cakap dye BODOH tue . :D
    Habis dah cerita , apa yang aku merepek pun aku tak tau . <3 Maaf lah , ada cerita yang perlu dirahsiakan , nanti bertambah malu dia kang ! Hihi -,-

    Pemberitahuan je , tak marah pun ;D

    Lelaki sekarang ni kan , suka-suka je dia nak pilih perempuan mana yang dia suka . Nak pasang ramai-ramai lah , nak tukar-tukar lah . Mentang-mentang lah perempuan zaman sekarang ni ramai ! Kaw ingat kaw handsome nak buat macam tu ? Ieee , geli ! Banyak cantik muka kaw , bagi kaki tau lah . -,-

    I tak marah pun juz nak bagi tau hasrat dihati jea , Hihiii . Agak-agak siapa yang terasa tue , rasanya dah boleh-boleh ubah perangai bodoh tue kot . Opsss , sorry ! :P

    Monday, 29 August 2011

    Syawal Menjelma . :)




    MAAF ku pinta kepada SEMUA yang MENGENALI diri ini .
    MAAF lah kalau-kalau ada sesiapa yang terasa hati selama ini .
    MAAF juga jika kesalahan yang saya lakukan itu sengaja mahupun tidak . 
    Segala yang berkaitan dengan TER juga HARAP DI MAAF kan yea . 

                                                                                        Ikhlas dari 
                                                                               Naja Insyirah Mohd Arif
                                                                                                                           

    Diakhir Ramadhan :')


    Hari ney hari terakhir umat Islam berpuasa , berakhir sudah lah Ramadhan untuk tahun ini . Ramadhan kali ini juga lah aku rasa masa berjalan dengan begitu pantas . 
    Harap sangat kita semua akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya .
    InsyaAllah :)

    Sunday, 28 August 2011

    Berbuka bersama Mentor ;D

    Buka Puasa dB'yu Patisseries bersama Ibu, Mak, Umi, Mama, Mami a.k.a mentor kami  ;) 





    Cik Haizura Hamdan

    Muka hape pun tak tau lah .


     HAHA , tengok tue ! Macam-macam hal .



    Alang , Ayeen , Intan , Awie , Step & Raziq 


    Makan lagi !!! Macam mana tak gemokkk .

    Saturday, 27 August 2011

    Last Class (PASTRY)


    Semangat tengah buat cake ;P


    Cake Chef Halim

    Semangat bergambar dengan cake !

    Tak tau lah apa kena time ney , HAHAHA . Muka awie lagi tak ley bla . Hihi :D

    Ini lah group aku . Semua PERANGAI sangat . Sbar yea Alang :) Hihihi .

    Monday, 22 August 2011

    Sentiasa tersenyum :)

    Tak kesah dugaan apa yang datang , hati ini sentiasa tenang hadapinya . Hari ini hari kita , esok lusa kita tak tau kan . Biar orang buat kita , tapi kita jangan pernah membalasnya . Jangan pernah simpan dendam didalam hati . Allah sentiasa ada dengan kita dan biarkan Allah yang membalasnya , InsyaAllah . Hadapi lah semua itu dengan senyuman . :)


    MAAF dipohon jika ada kesalahan yang telah saya lakukan . Sengaja mahupun tidak , kepada sesiapa saja . harap dimaafkan ;D

    Sunday, 21 August 2011

    Last class :')

    Okay act malas gila nak menaip sekarang ney . Boleh ? HIHI . :D

    <3 korangggg ! Thx for everything chef Jue & Pn. Maslina . ;) 
    Cantik kan cake Mal buat ? tapi sayangnya tak sempat nak merasa , masing-masing dah mandi cake :/ HAHA
    Habis MOCK RESTAURANT , penuh dengan cake . hee !


    Anak Pn. Maslina . Cerdik sangat budak ney , nama dye Sofea . Comel kan ? muahhh muahhh . :*


    Tengah masak-masak kat kitchen ada plak bunyik KRINGGGGGGGGGG lama lama . Panjang tuhhh . Korang tau ada apa ? 'Latihan Kebakaran' . Boleh macam tue ? Semua kerja tergendala . 2jam jugak lah duduk bawah panas ney , waste time btol . Grrr ! Tapi sempat lagi tue nak berposing , nak buka mata pun tak boleh . Terikkk wey ! Time puasa pulak tue , memang terboik lah kan cite dye .


    Yeayhhh , HERO PTPL bak kata syud :P go Bob , gooooo . You can do it . Hihi .