Saturday 8 October 2011

Period , Haid atau Datang Bulan

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Gejala yang sering dialami oleh wanita ialah


  • Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

  • Payu dara - ketegangan, bengkak

  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

  • Kurang kencing

  • Kulit berjerawat