Thursday 29 March 2012

Betul ke haa ?

Orang-orang tua cakap , kalau kita cintakan dua orang dalam satu masa , kita perlu ambil orang yang kedua yang kita jatuh cinta tu . Sebab kalau kita hanya cintakan yang pertama , kenapa mesti wujudnya cinta yang kedua . 

Sunday 18 March 2012

' KAU AKU ? '

Kalau aku ney tak payah cerita lah kan , memang selalu cakap 'kau aku' macam tuh . Tapi si afad ney baru 1st time okay  cakap macam ney dengan aku  . 


Thursday 15 March 2012

vacation at Redang Island

Seriously , benci pergi pulau sebab tak suka naik ferry . boleh mati aku , susah betul kalau orang mabuk laut ney kan . Muntah punya muntah sampai pucat dah muka aku ney haaaa . Afad lah yang kena tahan , hihiiii . Padan muka ! Actually tak puas lagi pergi sana sebab rasa macam sekejap sangat je dekat sana .
Nahhh , tengok je lah pic yang ada ney , kalau nak cerita 3 hari 2 malam pun belum tentu habisss . <3















Sunday 11 March 2012

Belajar dari kesilapan & Undurkan diri

Kita perlu belajar dari kesilapan , dulu dia hadir semasa dia adalah hak orang . Sekarang dia hadir lagi setelah sekian lama tidak bertegur dan dia masih lagi hak orang , dia hadir untuk  meminta maaf atas kesilapannya yang dulu . 
Jika kita mengetahui yang dia adalah milik orang lain , kita tidak perlu melayan . Meskipun dia yang menginginkan kita . Mungkin dia merasakan yang dia tidak cukup dengan apa yang dimilikinya . Dia hadirkan diri bukan lah kerana dia mencintai kita , dia hadir hanya kerana dia menyayangi kita . Tidak mungkin dia mencintai kita jika dia telah berpunya . Cara terbaik untuk mengelakkan segala masalah adalah dengan cara mengundurkan diri untuk kebaikan semua . TERIMA KASIH kerana telah berjaya menjadi seorang penipu & berjaya menyakiti hati ini buat kedua kalinya , aku harap kaw bahagia . Semua yang terjadi mungkin ada hikmahnya . 

Ikhlas dari hati

Segelintir kaum Adam tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya . Walaupun dia sangat menyanyangi teman wanitanya dengan sepenuh hati , dia masih menginginkan yang lain sebagai temannya dan akhirnya dia akan menyakiti hati salah seorang wanita tersebut . Dia seolah olah memainkan perasaan wanita itu . Mungkin dia sendiri tidak tahu apa sebab sebenar sehingga dia memilih dua orang wanita dalam satu masa , mungkin hatinya sendiri telah terpaut pada wanita tersebut dan mungkin juga itu adalah sifat sebenarnya
Jika seorang lelaki itu ikhlas mencintai kita , dia akan menjadi seorang yang adil & pandai membahagi kan masanya kerana dia sendiri yang memilih jalan seperti ini . Jika dia hanya berjanji untuk menjadi adil & ia mungkiri janjinya , Kita perlu undurkan diri untuk kebaikan diri sendiri . Kerana kita merasai yang seolah olah kita tidak wujud didalam hatinya .

:')


Saturday 3 March 2012

Friends :')


Aku nak minta maaf sangat , tak kira lah salah aku dari segi apa pun . Aku harap korang boleh maafkan aku . Manusia tidak semuanya sempurna kan . Aku suka kawan dengan korang , kita lah orang yang paling kecoh sekali kat college tu , banyak sangat kenangan suka dan duka kita bersama . Tak mungkin dapat aku lupakan . Selama aku dekat PTPL Shah Alam , korang lah kawan aku dari sem 1 . Aku sedih sangat sebab lepas ney kita susah nak jumpa dah , mungkin masa amek result nanti je kita semua akan jumpa balik & aku sedih sangat sebab semuanya berakhir macam ney , mungkin diantara kita ada yang simpan dendam sesama sendiri . Kalau ada lagi perasaan macam tu , semua hak masing masing , aku tak boleh buat apa . Aku hanya nak korang tau yang aku ikhlas kawan dengan korang & aku tak pernah simpan dendam dekat korang semua . Aku minta maaf sangat sangat . Aku doakan korang berjaya didunia dan akhirat . :'(




 ILoveYou :')