Sunday 12 August 2012

Ahmad Fazli


Ya Allah , if you give me him as a gift to guide me to the right path , please dont take him away from me until my last breath .            

Saturday 28 July 2012

Baby cat :(

Baby cat dah mati , I'm so sad :(

Lovechu Boyfriend :*



Broga hills :)

Haaa , penatnya :/ Padahal baru broga je kot . Hahaaa . Nampak sangat dah lama tak exercise kan , damn ! Tired like shitttttt ! 




Disco skating with cousin & friend .

Excited gila uolls kiteorang nak main disco skating ney . Dah pakai kasut semua then nak bangun tu kemain takut lagi . Hahaa . Lawak okay ! Syud best sebab dye paling terror . I & lyn tercicir je kat belaang , sedih ! Jatuh tak payah cerita laa , semua lyn punya pasal sebab tarik i tau . Dua dua jatuh macam nangka busuk :/ Hahahaa . Dekat disco skating ney if uolls nak main sampai lebam pun tak pe , sebab tak de limit sampai laa tempat ney close . Try laa , it was fun babyyyyyyy ! ;D





Night Of Colours

Terpaksa sebenarnya pergi event ney . Mentor kesayangan suruh support event junior junior katanya , So pergi je laa dengan hati yang terbuka even terpaksa pun . Nasib baik event ney agak fun sebab ada jugak artis & pelawak pelawak yang datang :)

My lecturer with my friend . amboi chef adly , junjung apa tu . Classs kau !

 Mentor & friends <3

Lilit lilit je sari tu , hihi .

With awie :)

My luvly mommy , lovechu :*

My lecturer , classs uolls .
Excited lebih kan , mood bollywood sangat . Tu sampai berinai tu . Hihi .

Sunday 6 May 2012

International Beauty Expo 2012 (IBE 2012)

Mari ramai ramai hadirkan diri di International Beauty Expo 2012 (IBE 2012)  Kuala Lumpur Convention Centre 5 - 8 May 2012, 11am - 7pm .


Sesiapa yang berminat dengan kecantikan boleh lah hadirkan diri , terutama kepada kaum wanita . Tengok tu , apa benda je lah yang aku beli . tengok macam sikit tapi beratus jugak tu , miskin dah . haha . tapi last year punya lagi banyak kot . dis year kena tahan nafsu sikit . rambang mata wey pergi sini , semua rasa macam nak beli . hadoii :)

Wednesday 18 April 2012

Nasib badan

Assalamualaikum , nak cerita pasal nasib malang yang menimpa diriku . huahuahuaaa ! Semalam dengan hari ney memang hari yang sangat malang .

SEMALAM : pendrive tertinggal dekat cheras padahal nak sampai shah alam dah time tu baru teringat n semua benda ada dalam tu sebab nak hantar resume  untuk LI . Kena saman sebab tak pakai seat belt , bengang gila time tuh sebab aku tak sempat nak pakai seat belt , nasib baik lah si afad sempat pakai kalau tak dua dua pun kena , haha . Surat typhoid yang dulu hilang & lepas habis class kitchen dalam pukul 7.30pm macam tu terus aku ngan lisa pergi poliklinik belakang unisel , tempat aku inject 2 tahun lepas dulu , kononnya nak minta salinan tapi ada ke patut aku punya tak de dalam rekod ? nama ada , tapi apa ntah yang tak de then orang tu kata dye nak cari dalam store mane ntah , kalau ade baru dye call .
HARINI : Aku tunggu punya tunggu orang klinik tu tak call call jugak . Aku bengang terus lah aku pergi Klinik bodoh tu balik . aku , ina & wunny cakap elok elok je kot then diorang sebenarnya tak cari pun lagi sebab busy katanya . patut ke tu jadi alasan ? Padahal ramai je berlonggok dekat kaunter tu . dengan owner klinik tu pun ada , dengan rasa tak bersalah dye bersuara nak marah aku lah konon ? memang bodoh lah kalau aku diam . Haih , nasib baik lah kaw orang tua . sabar je lah . Lepas tu kiteorang terus bla , kononnya nak pergi klinik mesra dekat tadisma tu je , boleh plak dye tutup . Nak dekat 2 jam cari klinik yang ada injection typhoid , tapi lebih dari 10 klinik semua dah habis stock , semua klinik dekat s.a tu kiteorang pergi  . YaAllah , hanya mampu bersabar je masa tu , finally dapat jugak . Alhamdulillah , walaupun terasa macam dah tak de kesabaran .

Tuesday 3 April 2012

Please remember .

If he really loves you , he wouldn't ask to you to do something he know is wrong . If he really love you , he don't even want to touch you before it was halal . He will respect you dignity and chastity . 

Thursday 29 March 2012

Betul ke haa ?

Orang-orang tua cakap , kalau kita cintakan dua orang dalam satu masa , kita perlu ambil orang yang kedua yang kita jatuh cinta tu . Sebab kalau kita hanya cintakan yang pertama , kenapa mesti wujudnya cinta yang kedua . 

Sunday 18 March 2012

' KAU AKU ? '

Kalau aku ney tak payah cerita lah kan , memang selalu cakap 'kau aku' macam tuh . Tapi si afad ney baru 1st time okay  cakap macam ney dengan aku  . 


Thursday 15 March 2012

vacation at Redang Island

Seriously , benci pergi pulau sebab tak suka naik ferry . boleh mati aku , susah betul kalau orang mabuk laut ney kan . Muntah punya muntah sampai pucat dah muka aku ney haaaa . Afad lah yang kena tahan , hihiiii . Padan muka ! Actually tak puas lagi pergi sana sebab rasa macam sekejap sangat je dekat sana .
Nahhh , tengok je lah pic yang ada ney , kalau nak cerita 3 hari 2 malam pun belum tentu habisss . <3















Sunday 11 March 2012

Belajar dari kesilapan & Undurkan diri

Kita perlu belajar dari kesilapan , dulu dia hadir semasa dia adalah hak orang . Sekarang dia hadir lagi setelah sekian lama tidak bertegur dan dia masih lagi hak orang , dia hadir untuk  meminta maaf atas kesilapannya yang dulu . 
Jika kita mengetahui yang dia adalah milik orang lain , kita tidak perlu melayan . Meskipun dia yang menginginkan kita . Mungkin dia merasakan yang dia tidak cukup dengan apa yang dimilikinya . Dia hadirkan diri bukan lah kerana dia mencintai kita , dia hadir hanya kerana dia menyayangi kita . Tidak mungkin dia mencintai kita jika dia telah berpunya . Cara terbaik untuk mengelakkan segala masalah adalah dengan cara mengundurkan diri untuk kebaikan semua . TERIMA KASIH kerana telah berjaya menjadi seorang penipu & berjaya menyakiti hati ini buat kedua kalinya , aku harap kaw bahagia . Semua yang terjadi mungkin ada hikmahnya . 

Ikhlas dari hati

Segelintir kaum Adam tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya . Walaupun dia sangat menyanyangi teman wanitanya dengan sepenuh hati , dia masih menginginkan yang lain sebagai temannya dan akhirnya dia akan menyakiti hati salah seorang wanita tersebut . Dia seolah olah memainkan perasaan wanita itu . Mungkin dia sendiri tidak tahu apa sebab sebenar sehingga dia memilih dua orang wanita dalam satu masa , mungkin hatinya sendiri telah terpaut pada wanita tersebut dan mungkin juga itu adalah sifat sebenarnya
Jika seorang lelaki itu ikhlas mencintai kita , dia akan menjadi seorang yang adil & pandai membahagi kan masanya kerana dia sendiri yang memilih jalan seperti ini . Jika dia hanya berjanji untuk menjadi adil & ia mungkiri janjinya , Kita perlu undurkan diri untuk kebaikan diri sendiri . Kerana kita merasai yang seolah olah kita tidak wujud didalam hatinya .

:')


Saturday 3 March 2012

Friends :')


Aku nak minta maaf sangat , tak kira lah salah aku dari segi apa pun . Aku harap korang boleh maafkan aku . Manusia tidak semuanya sempurna kan . Aku suka kawan dengan korang , kita lah orang yang paling kecoh sekali kat college tu , banyak sangat kenangan suka dan duka kita bersama . Tak mungkin dapat aku lupakan . Selama aku dekat PTPL Shah Alam , korang lah kawan aku dari sem 1 . Aku sedih sangat sebab lepas ney kita susah nak jumpa dah , mungkin masa amek result nanti je kita semua akan jumpa balik & aku sedih sangat sebab semuanya berakhir macam ney , mungkin diantara kita ada yang simpan dendam sesama sendiri . Kalau ada lagi perasaan macam tu , semua hak masing masing , aku tak boleh buat apa . Aku hanya nak korang tau yang aku ikhlas kawan dengan korang & aku tak pernah simpan dendam dekat korang semua . Aku minta maaf sangat sangat . Aku doakan korang berjaya didunia dan akhirat . :'(




 ILoveYou :')

Thursday 23 February 2012

Luahan hati .

Aku bosan bila kau jauh ,
Aku hanya inginkan kau untuk menemani aku ,
Tapi kenapa bukan kau yang datang untuk menemani aku ,
Aku minta maaf jikalau aku tersalah langkah ,
Tuhan , tunjukkan lah aku jalan .

MPG night .

Ini lah event yang sepatutnya kami lakukan & kami berjaya melakukannya .  Mungkin banyak kesalahan yang kami lakukan tapi akhirnya kami berjaya lakukan dengan tunjuk ajar chef adly dan kerjasama dari kumpulan kami sendiri . Subjek event memang sangat sangat busy dan sangat banyak menggunakan duit . Sebelum event dijalankan , hari hari kami mengadakan meeting . Memang ada sedikit salah faham antara kami tapi semuanya dapat dielakkan dengan cara yang baik . hmm .
okay , malas nak cerita pasal sebelum event dijalankan ney , sebab banyak sangat cerita . Sekarang ney aku nak cerita semasa berlangsungnya event MPG ney . Mungkin tak seperfect mana , tapi kami try buat yang terbaik untuk tunjuk kepada semua terutama Chef Adly yang kami boleh lakukannya .
Pagi tu kami semua pergi ke villamay , untuk buat persiapan terakhir & buat reahsel seperti gimic & food presentation . Selepas siap semuanya dalam pukul 3.30 pm macam tuh kiteorang balik untuk bersiap , mandi , make up , dan sebagainya . Dalam pukul 6 pm kami sampai ke villamay , memang agak takut lah nak tunggu pukul 7 tuh kan . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar , mungkin ada sedikit kecacatan tapi semuanya dapat dielakkan . Hari Isnin ney ada postmortem , sumpah takut . Tak tau chef Adly nak cakap ape . Hope , semuanya okay . :)



 Chef adly , thank for everything chef <3
 Gimic presentation
 Food presentation
 Lecturer :)
 Puan Mimi , Chef amir & syud .
 Meja pendaftaran

Semasa menyanyikan lagu PTPL .

Event Journey to Taman Negara

Event yang ney pun kiteorang kena pergi , support event diorang . Even time ney majority semua demam :(  hmm ! Tak larat nak pergi Taman Negara ney sebenarnye :/ Tapi kan , aku rasa kalau hari hari aku masuk hutan macam ney memang aku kurus lah doe , fun memang fun . Naik boat lah , main air , masuk hutan , pergi rumah orang asli . Tapi makanan dye tak best langsung . grrr . Tapi tak pe lah , benda semua dah lepas . Nah lah , tengok je gambar yang ada ney .
 Sebelum masuk hutan 
 Perkampungan orang asli 
Perghhh , macam nak mati penat dye . :)

Event Larian Marathon .








Actually ney bukan event kiteorang tapi kena tolong jugak lah kan . Kawan kawan kan , malam before event tuh kiteorg kene stay kat kolej sampai pukul 4 am macam tu . Nak settle kan ape yang patut , dapat lah tido dalam 3 jam macam tu . Time event dijalankan tu kiteorang jaga checkpoint . Tak tau nak ceita ape sangat , yang penting semuanya berjalan lancar . Alhamdulillah :)