Saturday 3 September 2011

Aku , Kau & Kita semua .


aku rindukan kita yang dulu

yang sentiasa ada masa bersama

walaupun menelaah sehingga dini hari

sehingga mata mula merasa perit walaupun dipejam

tubuh kekejangan walaupun dialas oleh tilam

ketika berpelukan dengan ' kau '

kerana menangis teringat ' kau '

aku sentiasa ingat setiap jilid-jilid kehidupan kita

saat mentafsirkan kata-kata melalui suara yang melodinya hanya kita yang mengerti

saat kadang-kadang kerongkong tersekat

kita hanya mampu berpandangan dan tersenyum sesama sendiri

kegilaan kita dulukala mempotretkan kenangan yang memberangsangkan jiwa

tidak kenal perkataan lain selain kawan

tiada dua atau tiga atau yang keberapa

hanya ada kau , KAWAN .