Sunday 11 March 2012

Ikhlas dari hati

Segelintir kaum Adam tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya . Walaupun dia sangat menyanyangi teman wanitanya dengan sepenuh hati , dia masih menginginkan yang lain sebagai temannya dan akhirnya dia akan menyakiti hati salah seorang wanita tersebut . Dia seolah olah memainkan perasaan wanita itu . Mungkin dia sendiri tidak tahu apa sebab sebenar sehingga dia memilih dua orang wanita dalam satu masa , mungkin hatinya sendiri telah terpaut pada wanita tersebut dan mungkin juga itu adalah sifat sebenarnya
Jika seorang lelaki itu ikhlas mencintai kita , dia akan menjadi seorang yang adil & pandai membahagi kan masanya kerana dia sendiri yang memilih jalan seperti ini . Jika dia hanya berjanji untuk menjadi adil & ia mungkiri janjinya , Kita perlu undurkan diri untuk kebaikan diri sendiri . Kerana kita merasai yang seolah olah kita tidak wujud didalam hatinya .