Sunday, 11 March 2012

Belajar dari kesilapan & Undurkan diri

Kita perlu belajar dari kesilapan , dulu dia hadir semasa dia adalah hak orang . Sekarang dia hadir lagi setelah sekian lama tidak bertegur dan dia masih lagi hak orang , dia hadir untuk  meminta maaf atas kesilapannya yang dulu . 
Jika kita mengetahui yang dia adalah milik orang lain , kita tidak perlu melayan . Meskipun dia yang menginginkan kita . Mungkin dia merasakan yang dia tidak cukup dengan apa yang dimilikinya . Dia hadirkan diri bukan lah kerana dia mencintai kita , dia hadir hanya kerana dia menyayangi kita . Tidak mungkin dia mencintai kita jika dia telah berpunya . Cara terbaik untuk mengelakkan segala masalah adalah dengan cara mengundurkan diri untuk kebaikan semua . TERIMA KASIH kerana telah berjaya menjadi seorang penipu & berjaya menyakiti hati ini buat kedua kalinya , aku harap kaw bahagia . Semua yang terjadi mungkin ada hikmahnya .